Muahaha...tajuk entry je dah menunjukkan yg iolls skarang tengah busy dengan wedding preparation..tapi aku still banyak bende lagi nak prepare dan booking sume..sebab nye skarang ni busy dengan keje dan mood nak fokus pasal ni tak datang lagi..too bad kan..tapi untuk bride to be, wedding checklist atau senarai perkahwinan ni sangat la penting..sebab nye, checklist ni la yang ada senarai lengkap apa yang korang kena buat, bajet untuk setiap bende..dan gambaran keseluruhan untuk wedding preparation korang..haaa
So, alang-alang aku tengah prepare wedding checklist ni, boleh la aku kongsi sikit apa yang aku senarai kan dalam checklist ni..senarai checklist ni sesuai untuk belah pengantin perempuan jela kan..tapi checklist yang aku senaraikan ni simple je..hanya overview apa yang perlu ada..untuk bajet (budget) sume aku tak masukkan, sebab lain orang lain la peruntukan bajet nye kan? huhu
1
|
Tempah
dewan/taman/hotel/anywhere
|
bagi
majlis bersanding @ reception event
|
2
|
Tempah
masjid/surau/dewan/hotel/
anywhere |
Bagi
majlis nikah @ solemnization event
|
3
|
Tempah
photographer
(pre-wedding/sanding/nikah/outdoor/post wedding) |
ikut
korang la berapa banyak event nak amik photographer kan..yang penting fulusss
mesti kena ada..
|
4
|
Beli
barang-barang hantaran
|
Contoh
macam kasut, handbag,jam,kek, sirih junjung dan sebagainya
|
5
|
Decide
tema serta warna yang digemari bagi majlis sanding & nikah
|
Ikot korang
la nak warna gegirl macam pink ke soft purple ke pastel ke..yang penting
kaler tu cantik dan tidak menampakkan kedesaan wajah korang..wakaka
|
6
|
Beli
kain untuk diberi kepada keluarga/bridesmaid/dulang girls/dulang boys/ flowegirls@boys
|
bagi
sesiapa yang terlebih duit, boleh la belikan kain untuk kawan aka bestfriends
korang atau family untuk nampak lebih cantik dan seragam =)
|
7
|
Tempah
pakej pelamin (Baju pengantin/pelamin rumah@ dewan/ makeup/ aksesori)
|
Make
sure pakej korang tempah dengan orang yang boleh percaya & hasil kerja yg
cantik
|
8
|
Bali
kain dan tempah baju nikah, tudung serta veil nikah
|
Ni
option untuk bakal pengantin yang nak buat baju nikah sendiri
|
9
|
Tempah
set Sound System & Pengacara majlis
|
Sound
system selalunye perlu untuk pasang lagu2 best di majlis
perkahwinan..pengacara majlis pulak sesuai digunakan untuk memberi keceriaan
dalam majlis dan nampak lebih teratur..
|
10
|
Tempah
budak kompang
|
biasanye
untuk majlis sanding, ramai akan gunakan khidmat budak-budak berkompang..kasi
la meriah sikit kan..berkepok-kopak bunyik die
|
11
|
Tempah
katering makanan
|
untuk sediakan
makanan bagi majlis nikah dan majlis sanding..
Tips:
make sure katering yang korang pilih tu boleh dipercayai dari segi kebersihan
dan kualiti makanan..rasa pon kena la sedap jugak kan
|
12
|
Tempah
photobooth/photo props
|
(untuk
mereka yang suke ber-posing, harus sediakan photobooth ok! Senang village
people nak bergambor)
|
13
|
Tempah
candy booth, dessert buffet
|
Sekarang
ni memang trend orang sediakan ice
cream station, popcorn stall dan macam2 la untuk pemanis mulut
|
14
|
tempah
homestay/hotel yang berdekatan bagi keluarga pihak belah lelaki
|
sekiranya
rumah keluarga belah lelaki jauh dengan keluarga belah perempuan, boleh la
tempah untuk dorang tido semalam-dua
|
15
|
Isi borang
nikah bagi bakal pengantin lelaki & perempuan
|
Yang ni
penting..kalau tak isi, tak dapat kawin..haha
|
16
|
Tempah
tarikh Tok Kadi untuk majlis nikah
|
Better
korang booking tarikh tok kadi awal2 untuk mengelakkan ada clash jadual nanti
|
17
|
Tempah
kad kahwin mengikut jumlah jemputan di majlis perkahwinan
|
sila sediakan senarai jemputan nanti supaya takde la orang penting yang tertinggal nanti
|
18
|
Survey
dan beli door gift (buah tangan yang dibekalkan kepada jemputan yang hadir)
|
(contoh
doorgift seperti kuih, kek, telur, gula2, coklat, buku yasin, tasbih,
etc..ikot bajet pengantin la kan)
|
19
|
Buat
Ujian HIV bagi bakal pengantin
& Attend kursus kahwin |
Sila buat..kalau
tak buat, tak boleh nak proceed kawen sebab ni sume syarat2 dari jabatan agama..
|
20
|
Hiaskan
bilik pengantin (beli cadar/langsir/perhiasan)
|
ni
kalau nak hias la..kalau tak nak pon takpe..haha
|
21
|
Tempah
penghias inai
|
(untuk
bakal pengantin perempuan yang suke pasang ukiran inai di tangan & jari)
|
22
|
Kuruskan
badan bagi bakal pengantin yang berbadan ehem-ehem =P
|
(well,
ikot suke la nak follow ke tidak kan,,tepuk dada tanya kemampuan diri..my
advise, jangan paksa diri..make sure pasangan terima kite seadanya..hahahha)
|
23
|
Survey
lokasi untuk photo shoot outdoor
|
Selalu
lepas majlis, photographer akan shoot terus untuk outdoor, so my advice
better cari lokasi yang cantik-cantik awal2..so that takdela membuang masa
nak cari time tu kan..
|
24
|
Beli
bunga telur
|
selalunya
bunga telur ni akan diletak atas pelamin
|
25
|
Pasang
signboard/banner/bunting/
petunjuk arah)
|
bagi
memudahkan jemputan yang hadir supaya tak sesat nak cari rumah atau tempat
majlis sanding korang nanti
|
26
|
Survey
& Tempah tempat untuk bulan madu/honeymoon nanti..hehehe
|
Ini kalau
aku, awal2 lagi aku dah booking..hahahaha
|
hehe..tu jela yang aku sempat kongsikan kat entry ni..next time bile sempat aku akan update progress lain k
No comments:
Post a Comment