Saturday, 1 March 2014

MASAK KARI KETAM NIPAH YANG SEDAP

 
Hi dear readers sekalian..harini me nak cerita pasal ketam nipah..siapa penah makan ketam nipah? Kebanyakkan orang ramai takut makan ketam nipah ni sebab rupanye seakan-akan rupa ketam batu..tapi sebenarnye ketam nipah ni lain..ketam nipah ni halal dimakan sebenarnya..boleh rujuk website jakim, fatwa malaysia dan video dari ustaz azhar di youtube yang menerangkan hukum makan ketam nipah ni..
 
 
Macam mana nak beza rupa ketam nipah & ketam batu?
 
Haa, ramai yang cakap keliru nak bezakan kedua-dua ketam ni..sebenarnye, kalo korang nak tau, ketam batu & ketam nipah ni berbeza sangat rupa nye..jom tengok gambar di bawah ni..
 


gambar ni diambil dari sumber google image...beza ketam batu ni dan ketam nipah ni di bahagian hujung kaki tu..kalo ketam nipah, hujung kaki tu leper..sebab ketam ni hidup di dalam air..kalo ketam batu ni, hujung kaki tu sama tajam macam kaki yang depan..




 
Kenapa ketam batu tak boleh di makan? ketam  nipah pula halal?
 
Hurm,..sebabnye ketam batu ni hidup dua alam..die boleh hidup walaupon tiada air..manakala ketam nipah ni hidup di dalam air..tapi ketam nipah dapat bertahan hidup di darat kerana ketam nipah mempunyai insang yang mempunyai satu ruang yang dapat menyimpan air sehingga dapat bertahan hidup buat seketika. Apabila air tersebut habis, maka ketam tersebut akan mati. Kiranya, ketam nipah ni hanya dapat bertahan lama sikit di darat (dalam 2-3 hari sahaja) disebabkan ade ruangan air tu...tapi sebenarnya,  ketam ni tak boleh hidup di darat pon dan hukum nye boleh dimakan..
 
 
Macam mana nak matikan (siang) ketam nipah?
 
Haa, kalo korang beli ketam nipah yang fresh & masih hidup, mesti korang pening macam mana nak matikan ketam ni..sebab ketam ni masih hidup dan boleh menyepit tangan korang kalau tak berhati-hati..hahahaha
 
Cara-cara nak matikan atau siang ketam nipah ni senang aje,korang kena terbalikkan ketam, kat bahagian bawah perut tu ada cam bentuk triangle..cucuk ngan benda tajam macam lidi satay, chopstick, jarum atau apa2 la..Jangan besar sangat kang rosak pulak isi ketam tuh. Cucuk kat area triangle tu seperti dalam gambar. Ketam akan mati dengan perlahan-lahan dalam 10 saat sahaja.
 
 
 



cucuk kan dengan bende tajam di bahagian segi tiga tu..tengah2 perut die...









ketam nipah
dalam 10 saat, ketam tu akan mati..








lepas da mati, boleh la bersihkan apa yang patutkan


















kari ketam nipah
tadaaa...dah siap da pun ketam nipah masak kari..sedap sehingga menjilat jari kakak ku masak...hehehe


 
 
kebetulan dekat taman kitorang duduk ni ade orang jual ketam nipah ni..fresh lagi..so kitorang pon beli la..first time masak ketam nipah ni..kalau makan dekat luar penah la, masak baru pertama kali..tapi ketam ni tak mengecewakan..sedap..isi die pon banyak..tapi my mum cakap isi ketam bunga lagi manis...lepas ni korang boleh la try masak ketam nipah ni..masak kari ke sup ke goreng sambal ke apa kan..
 
 

5 comments:

  1. puan ddk area mna..pyh nk cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah
      BUKA PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL

      Delete
  2. Dulu pernah guna air mendidih. habis terburai sepit, kaki-kaki. terima kasih sebab berkongsi

    ReplyDelete