Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Thursday, 14 July 2016

TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 2


Day 2- Blue Boat House – Freemantle – Freemantle Prison -- Kaili’s Restaurant --- E-shed Market -- Freemantle Market

Hari kedua ni macam biasa la, pagi2 lagi kitorang dah start masak breakfast siap2 kenyangkan perut..cewahh..lepas tu start enjin kereta dan terus menuju ke Freemantle..


Otw nak ke Freemantle tu, singgah sekejap kat blue boat house..yang ni dekat Swan River..Cantik sangat kawasan ni..tapi nak bergambar dari luar je, tak boleh masuk sampai ke pintu rumah tu..mungkin tak nak orang masuk ramai2 dan rosakkan jambatan tu kot kan? Macam biasa la bila dh jumpa tempat cantik, selfie la sikit kan..time ni aku Nampak ramai Australian  bawa basikal untuk aktiviti pagi diorang..macam jogging la kan, tapi kat sini memang ramai bawak basikal untuk riadah..

 
Blue boat house - Swan River

Lepas tu kitorang terus pergi ke Freemantle Prison…nape tempat ni kitorang tuju? Hurmm sebab tengok ramai recommendkan tempat ni, so kitorang pon pegi jela..hahhaha..boleh la, melawat penjara kt tempat orang..ade la tour guide die yang akan citer sejarah penjara tu dan semua2 yang berkaitan..ade kisah yang scary, ada kisah yang kelakar..bile die buat lawak, semua mat saleh kat sana gelak, so kitorang pun gelak la ala2 paham..padahal macam blur, lawak apakah? Haha.. salah satu lawak die yang aku ingat, adalah soalan die tanya kt visitor “if Pa killed Ma, who would’ve kill Pa? macam tu la soalan die, semua orang pening nak menjawab… adoii sampai sekarang nak tergelak kalau teringat


freemantle prison



Lepas melawat prison, kitorang singgah makan di restoran Kaili’s..makan kt sini semua seafood..so order la fish & chips..sedap sangat, tambah dengan coleslaw, dan spicy mussels..lepas dah makan tu, order pulak dessert…memang sedap..macam biasa la, nora bagi 5 bintang..tips nak makan kt sini, korang kena bawak sos sendiri..kalau ada sos kfc/mcd dari Malaysia tu, simpan la..dan bawak la utk makan kat sini..sebab Negara omputih ni sos die hanya sos yang kecik tu macam sos salsa..tak lalu ler teman nak makan sos tu..kena la bawak sos sendiri..baru kena dengan tekak teman..hehehe

 
restoran kailis, di tepi laut..cantik



 

fish & chips, mussels and dessert




berjalan-jalan sekitar freemantle
Habis makan, selfie semua, we olls pun bertolak la ke E-shed Market untuk shopping souvenir..kat sini ada kedai murah..1 kedai ni owner die dari Singapore, nama kedai Megababes, 1 lagi kedai owner die dari Indonesia, nama kedai dia Aussin ..memang murah dan sangat berbaloi nak shopping kat sini..Australia ni murah betul kalau minat nak beli t-shirt, topi, sweater, souvenir....memang bebaloi.. kitorang pun ape lagi, shopping tak hengat dunia..seronok sangatt sampai lupe nak amik pic..haha


E shed market

Lepas shopping singgah jap kat freemantle market..yang ni macam pasar la..ade jual souvenir, ada jual buah-buah, café, aiskrim semua lengkap la..memang berbaloi kalau pegi…kitorang pun tak ketinggalan beli buah-buahan segar kat sini..bila lagi boleh dapat makan buah best2 dan murah kan? Kat Negara orang la baru merasa..




freemantle market- penuh buah-buahan segar


 
makan aiskrim just- stick..hehe


TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 3


Day 3- Caversham Wildlife Park – Margaret Chocolate River Factory – CBD Perth -- Harbour Watertown Outlet


Ok macam biasa, kali ni bangun awal sikit untuk sediakan breakfast nasi goreng dan sediakan lunch sekali, sebab kitorang plan nak ke caversham wildlife park, so lunch kena la tapau siap2 dari rumah..kali ni we alls sediakan nasi lemak..sodap sgt..


Caversham Wildlife Park ni macam zoo la..tapi kawasan dia luas..dan haiwan2 macam kangaroo tu dilepaskan je..so boleh la pegang sambal selfie..haha…yang best kat sini wajib kena tengok show die..ada waktu-waktu tertentu je so make sure kena on time supaya tak tertinggal..macam kitorang, dah siap2 nak pegi tengok show pukul 10 pagi..best..mostly show ni citer pasal kambing biri2..tunjuk cara kena cukur bulu kambing ni, lepas tu ada la adegan2 lain yang mencuit hati kat dalam show ni..rugi kalau korang datang sini tak tengok show ni tau..

caversham wildlife park




 
caversham show
 




koala & kangaroo




macam2 jenis binatang ade dekat sana



Dalam ni dapat la jugak kitorang selfie dengan koala..haha..datang aussie harusla bergambar dengan kangaroo & koala..baru la dikatakan dah sampai ke sana..haha..koala ni tak boleh bising2 atau kite duk gomol2 die..nanti die stress..so kite chill je amik gambar jangan kacau die ok?

Lepas abis pusing2 caversham ni, kitorang pun makan lunch..dekat park..best je..suasana redup  memang sesuai la nak makan dekat taman..kalau kt Malaysia..memang idok ler teman nak makan kt tepi padang macam ni..mau terbakar kulit..berpeluh ketik semua haa..sampai ati betul cakap macam tu kan..haha




lunch dekat taman


Lepas abis makan kitorang pon singgah ke Margaret Chocolate River..kilang coklat di perth..best jugak la..banyak jenis coklat ada, tapi kena hati2 takut coklat ada campur dengan rum/wine..tapi assistant kedai dekat sana akan bagitahu mana 1 coklat yang tiada campuran wine/rum..so boleh la makan dengan happynya..
Margaret chocolate river






Dah habis shopping coklat, kitorang pon pegi ke CBD Perth, bandar perth..jalan2 di kawasan sekitar..lepas tu pegi ke watertown outlet, macam factory outlet la..tapi kat sini takde la brand2 high end sangat..tapi aku sempat la rembat baju baby dekat pumpkin patch..masa tu tengah mengandung 7 bulan, so elok sangat la aku shopping baju baby dekat sini…harga kalau sale berbaloi la..



masing2 sibuk online nak update pic dkt perth..hahaha

TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 4



Day 4 – Pinnacles Desert – Lancelin Sand dunes



Macam biasa la pagi2 dah start masak untuk breakfast dan jugak makan tengahari..siap2 tapau untuk lunch sebab hari ni kitorang nak pergi tempat yang jauhhhhhh..ke Pinnacle Desert..anggaran dalam 3 jam dari Westminster..so kena la prepare makan siap2..susah nak jumpa kedai makan area tu  kena pi bandar kalau nak cari..leceh pulak kan..



Pinnacles desert ni macam kat padang pasir la..tapi dipenuhi dengan batu2 yang pelik tapi cantik la..bila sampai sini rasa cam speechless sangat..sebab permandangan yang jarang2 dapat dilihat..bukan senang nak jumpa permandangan macam ni..memang berbaloi la suamiku drive berjam-jam..hehe ..lepas pusing2 bergambar bagai, kitorang pun singgah ke gift shop kt sana..beli la fridge magnet dekat pinnacles desert ni..rugi tau kalau pegi mana2 tak sambar fridge magnet..aku jenis pegi mana2 mesti beli fridge magnet..kenangan utk tempat yang kita dh penah pegi…

 
Pinnacle Desert




cantik kan batu2 dekat sini..rasa macam satu tempat yang lain dari Bandar Perth

tangkap la gambar puas2..nak selfie ke nak melompat ke ..takde orang heran pun..hehe


Lepas puas lepak di pinnacles, kitorang pon pergi ke Lancelin Sand Dunes..otw balik singgah la ke sini..kawasan ni macam kawasan padang pasir…penuh dengan pasir putih…orang datang sini selalunya akan sewa surf board, dan akan daki bukit pasir tu..luncur dari atas ke bawah..haa macam tu la repeat la sampai pengsan..hahaha..kalau nak sewa surf board ni sewa je kat mana2 kedai surf board berhampiran..ade sewa per hour, ade sewa seharian..tak mahal pun rasanya..tapi kitorang tak pegi pun sewa surf board, sebab masa tu masih blur nak mencari lokasi 1 hal, nak cari kedai surf lagi pulak..so kitorang just amik gambor jela..laki mak jemah ade la baring2 kat pasir kasi balas dendam tak dapat surf..hahahha



 
ni la rupa padang pasir lancelin ni..pasir putih macam pasir pantai..







Nampak tak kawasan dia ade berbukit2..so sesuai la kalau nak slide guna surf board dekat sini..

Balik dari lancelin tu pun perjalanan dalam 3 jam jugak nak ke bandar Perth..gigih la laki aku drive sorang2 dengan limit had laju dalam 80-90km/j je..huhuhu..sian die..kitorang yang lain bantai tido je dalam kereta….balik singgah kedai arab makan kebab utk dinner..nyumm
kebab dari kedai arab di CBD Perth

TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 5


Day 5 & 6 – Araluen Botanic Park – Eshed Market, Freemantle – Swan Bell Tower – Insan Café –Airport


Ok banyak sangat part nak cerita pengalaman ke Perth ni kan..untuk hari ke 5 & 6 aku lumpsum kan je terus dalam part akhir ni.. kali ni kitorang bertolak ke Araluen Botanic Park..dalam 1 jam 30 minit perjalanan..apa yang best kat sini? Kat sini popular dengan bunga tulips..kalau pergi time musim bunga lagi Cantik..tapi kitorang pergi musim sejuk pun boleh tahan juga cantik bunga tulips dekat araluen botanic park ni…bunga tulips pun warna warni..lawa sangat
me & husband





abaikan muke kembang aku..jom cuci mata tengok bunga tulips..Cantik kan





masa ni masih berdua dengan husband, so asik bergambar berdua jela kan..romantic lagi uolss






macam2  warna bunga tulips ada dekat sini..

Kawasan Araluen botanic park ni luas sangat..nasib la mak jemah mengandung 7 bulan time ni, tak larat la nak berjalan jauh sikit..kalo tak mengandung boleh la Jalan pusing2 kawasan taman tu kan..memandangkan kawasan taman ni besar sangat, kitorang pun naik train. Train ada disediakan dekat sini..best naik train sambil tengok permandangan sekeliling..

 
sambil tunggu train, kita bergambar dulu..hehehe..best naik train..





Ok, lepas abis tawaf kawasan araluen botanic park ni, kitorang pun bertolak ke freemantle, nak singgah ke E-shed Market..biasala, nak abiskan duit untuk shopping la kan..beli lagi la macam2 souvenir untuk diri sendiri, family & kawan2…
Hari last day di perth, pagi2 lagi dah breakfast dan bertolak ke CBD Perth..tempat pertama kitorang pergi adalah Kings Park and Botanic Garden..view memang superb sangat..lawa dan sangat tenang..terasa la macam duduk di over-the-sea kan..haha..lawa la kawasan ni..bersih je..penuh kehijauan..lepas tu singgah jap gift shop di kings park ni, dan macam biasa la, aku akan beli fridge magnet kings park untuk kenang-kenangan..hehehe

Cantik je permandangan dekat Kings Park ni





 
Nampak full view Bandar perth





again, izinkan nora selfie dengan suami..haha



Lepas tu kitorang pegi ke swan bell tower..tower ni ada bell (loceng) dan ada la sejarah mengenai bell ni..tower ni pun Cantik, tinggi dan ada 1 tingkat tu, lantai die lantai gelas (glass floor), so agak scary kalau tengok ke bawah..



ni la bell tower ni..tinggi tower ni, kena la kitorang selfie macam ni konon nak nampakkan tower di belakang..hahaha





ni la bell dalam tower ni..dulu2 bell ni memang boleh berbunyi, ada orang bunyikan..tapi time kitorang tak dapat sebab bangunan tu pun nak renovate..so takdela aktiviti bunyikan bell tu




macam paparazzi pulak pic suami aku amik..sila abaikan jela rupe tak semenggah aku ye..hehe




Before pergi ke airport, sempat la kitorang singgah lunch di Insan Café, kedai melayu yang ada di bandar Perth..tak silap owner die melayu dari negeri Kedah, Malaysia..rasa sedap dan harga pun tak mahal sangat…lepas tu air sejuk free je boleh ambil dalam fridge banyak mana pun..recommended untuk korang yang rindukan masakan Malaysia kalau pi Perth, sila la pegi ke Insan Café ni..


 
Insan's café, lauk boleh tahan sedap


Lepas makan, kitorang abiskan masa di bandar, beli lagi souvenir sampai habis duit..hahaha..dan lepas tu pulangkan kereta sewa, dan terus ke airport untuk pulang ke Malaysia..gitu la sedikit sebanyak sharing pasal Perth ni..dalam blog ni aku memang tak cerita details berapa harga tiket, berapa harga rumah, berapa lama jarak sesuatu tempat, semua tu ada dalam itinerary aku..macam aku cakap sebelum ni blog aku ni just simple2 je tulis, mana aku ingat aku letak..kalau yang berminat nak tau itinerary lengkap, boleh emelkan ke nabilahhudamustafa@gmail.com ..nanti aku forwardkan itinerary untuk rujukan korang semua..

TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 1

Hurmm. Sekali dah aktif nak menulis blog ni, laju je nk update. Tiap ari pulak keje nk update blog. Haha. Puas aku duk mikir, kenapa la aku berenti tulis blog dulu. Sebabnye aku rasa tulis blog ni leceh. Kena menulis panjang2 macam karangan. Sebab tu malas nk teruskan tulis blog.

Tapi sebenarnya tak perlu pun tulis panjang2. Tulis simple2 dan pendek pun dah cukup. Asalkan orang paham ape yang nk disampaikan dan yg penting bagi aku blog ni boleh dikira sebagai tempat kenangan memori/moment aku yang aku nak share.. 

Ok kali ni aku nak throwback pengalaman aku ke perth, Australia.. Masa pergi ni bulan 9 tahun 2015. Time musim sejuk la kat Australia. Tapi musim sejuk Australia takde salji pon. Dan tak la sejuk sgt mcm kt europe sana tu.   Kitorg pegi naik AirAsia je. Promo tiket naked dalam rm500. Campur luggage, makanan pegi & balik, dalam rm600+ la lebih kurang harga tiket untuk seorang. Kali ni aku pegi berempat. Dengan husband, kakak & mak je. 
Day 1 - Perth Airport -- Rental Car -- Homestay at Westminster -- Woolworth -- Pizza Turkey

Trip kali ni kitorang pergi dalam 6 hari 5 malam. Sampai2 airport je kitorang terus beli simkad Australia, senang nak guna internet dan call. Lepas tu kitorang call kereta sewa, dah book siap2 kt malaysia. Nama kereta sewa tu ace rental car. Lepas tu ade la nanti orang kereta sewa tu akan pick up kitorang dari airport ke kedai kereta sewa tu. Sampai sana terus la pilih kereta dan uruskan pembayaran, insuran kereta semua. Lesen memandu Malaysia diterima ye di Aussie ni..untung orang Malaysia, tak perlu amik lesen antarabangsa bagai.. boleh terus drive je kat sana..Kereta sewa yang kitorang dapat - kereta nissan tilda. Ok la tu kat malaysia takde lagi model ni. Huhu


perth airport






ace rental car

Ok lepas dah dapat kereta, terus la menuju ke rumah yang kitorg dh book. Rumah apartment (book melalui Airbnb). Sangat berbaloi. Apartment ni memang sesuai untuk duduk 4-5 orang. Sangat selesa, boleh masak, basuh baju, katil empuk. Nora bagi 5 bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️...Rumah ni kt kawasan Westminster. Dalam 15 minit la dari CBD perth. Rumah ni actually mcm townhouse. Kitorang dapat tingkat bawah. Ade kolam renang sekali. Tapi idok le teman pegi berenang, ate musim sejuk oiii. Ni la rupe rumah ni. Ade 2 bilik. Dapur, bilik air, mesin basuh, hall sume lengkap. Tempat parking kereta pun takde masalah. Parking depan rumah je. 

Masa dah sampai rumah ni, kitorg semua letak beg je dulu. Oh ya, Masa otw pegi rumah tu dah nampak la signboard tulis woolworths (tempat shopping kat Australia, macam ala2 giant/tesco la). So ape lagi lepas letak beg terus menjejet pegi woolworths nak shopping barang dapur nak masak. So dapat la beli ayam halal, beras, sayur, buah2 segar, air jus, susu segar dan lain2 la untuk masak. 
Sebelum tu kitorang singgah kedai makanan arab. Dari turkey asal kedai tu. Order la pizza. Besar kot pizza tu. Makan 4 orang pun tak habis. Sedap pulak tu. Cheese banyak sangat, isi ayam semua penuh. Langsung tak kedekut. Again, nora bagi 5 bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Huhu.. Then, Sampai rumah kitorang pun masak la untuk dinner terus, malam tu merayau naik kereta pegi jalan2 kat CBD perth je..tu yang untung ada kereta sewa ni..bila2 masa boleh pegi merayau mana2.. oh ya, time kitorang pergi ni cuaca ok, malam dalam 12-13 celcius..kalau siang tu dalam 19 celcius la..tak la sejuk sangat pun musim sejuk dekat perth ni..



shopping di woolworths





kedai arab..pizza & kebab yang sangat sedap






masakan simple dari my mum & sis



Thursday, 16 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU DAN HELLO AFAMOSA RESORT, MELAKA!

 
Lama pulak rase tak update belog ni..dah masuk tahun baru dah..hurmm..haritu ingat nak buat entry awal tahun berserta dengan azam baru..tapi nan hado jugak..busy kemain..sampai nak tulis entry pon takde masa..
 
 
Kali ni aku nak update pasal my family short vacation di Afamosa Melaka...kitorang cuti pon time cuti Krismas haritu..dapat la tido dalam 3 hari 2 malam...tido dekat Condotel D'savoy Afamosa..3 bilik..sangat selesa dan besar..kalo korang nak tau,  percutian kali ni pon sebab dapat tido di rumah peranginan tempat keje aku..bertuah kan? hahaha..kalo tak susah la nak merasa tido dekat sini...bukan nyer apa, kampung mak aku pon dekat Melaka, so buat apa nak tido hotel bagai kan..tapi memandangkan dapat harga murah, so aku pon book la...saja bercuti akhir taun kan..
 
 
So far kondo ni memang puas hati dan berbaloi sangat untuk family vacation..bilik besar,  ruang tamu selesa dan dapur yang cantik....bercuti pon sebenarnye lebih nak berehat dan berborak dengan family..kali ni yang join abang dan kakak ipar aku..sekali dengan 2 orang anak buah aku yang comel tak hengat..atuk, nenek pon join jugak..dan seperti biase parents aku dan kakak aku..haa, walaupon ramai, tapi semua muat sebab setiap bilik ada 2 katil queen..hewhewhew..







ruang tamu..cantik kan









ruang makan..belakang tu bahagian dapur

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


yang ni bilik master bedroom...besar..












yang ni bilik 2nd bedroom..yang 3rd bedroom tu sama jugak cuma tv takde dalam bilik tu













dapur..kemas dan luas..siap ade microwave dan peti ais..










tapi kitorang bawak induction cooker..sebab nak masak steamboat..wakaka..best woo makan time panas2.. omnomnom











tak dilupekan jugak bawak periuk nasi dan bekalan asam pedas dan rendang daging..bese la bile bercuti ramai2 ni malas sikit nak keluar..sume suke rehat dekat dalam rumah dan masak2 ajer :)













permandangan dari luar balkoni..kitorang tingkat 19..angin punye la kuat..sejuk betol













cantik kan permandangan dalam Afamosa Resort ni? kat sini banyak tasik dan padang golf..








nenek dengan cucunyer..comeyy kan my nephew ni..rase nak gomol tiap hari..hehehe





 


ha, tu jela yang aku nak share-kan kat korang pasal percutian kali ni..tak banyak pon nak update sebab time cuti ni pon dah lama..dan kitorang pon banyak duduk rehat di kondo dan mandi kolam renang kat bawah tu je..lagipon bile bercuti dengan anak buah yang kecil, atuk & nenek, parents sume bukan senang nak masuk water theme park ke safari land kan..hehehe..
 
 
Oh ya, kalo sapa2 yang bercuti di Afamosa ni, elok la kalo korang pegi masuk water theme park, safari land dan cowboy town..baru la berbaloi nak bercuti di Afamosa kan..cume aku nak komen sikit, tak suke betol dengan front liner kat kaunter di bahagian Dsavoy Condotel ni..tak mesra dan sangat tak efficient..banyak lagi aku nak cerita, tapi bende pon dah lama, so aku halal kan jela..cume agak terkilan dengan layanan dari bahagian counter receptionist dorang..aku rase, dorang ni kena pegi brush up customer skills dorang kot? Whatever la kan..nanti kalo orang tak datang Afamosa tu pandai2 la jawab kan..hehe..ok lah, nanti free sambung lagi..wassalam