Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Monday, 3 March 2014

RESEPI BEBOLA DAGING & BEBOLA AYAM YANG SEDAP

 
Hahaha..tajuk je dah macam gebang lebih je kan..tapi tak tipuu..memang bebola ayam/daging ni sedapp..sesuai dimakan sebagai snek nak kunyah2 atau pon sebagai breakfast/dinner/lunch..siapa yang diet atkins memang la sesuai gunakan resepi ni untuk buat bebola ayam yg sedapp..(iolls tengah gigih ber-diet atkins..tp ala2 gitu jela..masih banyak cheat)..kalau korang nak tau diet atkins tu ape, google jela k..atau pon join la kelab diet atkins di facebook untuk tau lebih lanjut...
 
 
Okeh..sambung balik pasal resepi bebola ayam/daging yg sedap marbeles ni..mula2 kan..korang kena sediakan bahan-bahan seperti di bawah ni :-
 
 
Bahan-bahan
 
1) daging/ayam kisar
2) daun bawang
3) daun sup
4) batang saderi kalau nak rangup2 skit (potong halus2)
5) cili api (kalau nak pedas2 skit)
6) bawang goreng
7) sedikit garam
8) sedikit perencah kiub ayam knorr (ikut korang la nak letak ke tak)
9) Telur
 
 
Lepas tu korang potong2 la segala tok nenek daun2 di atas dan cili api..racik la halus2..pastu gaulkan dengan ayam/daging kisar...pastu letak la garam/serbuk perasa skit...sonang ajo ehh..last sekali pecahkan telur dan gaul2 sehingga sebati..telur ni iolls letak sebab nak kasi bebola tu lembut..takde la keras ketung je makan..haa gituhh..


 
 



bahan-bahan wajib yang perlu ada..daun bawang dan daun sup yang segar..gituhh

 
 


 

yang ni daging kisar..nak buat bebola daging..tapi korang jangan tiru ak yg pemalas ni..nak potong daun pon tak senonoh rupanya..hahaha
 






yang ni isi ayam kisar..nak buat bebola ayam..





 

yang ni aku siap2 uli bulat-bulat kasi simpan dalam tupperware..





 



yang ni bebola daging...comey tak aku buat? hehehe
 



Kalo korang rajin try la resepi iolls ni..memang sedap...nak buat sebagai side dish pon boleh..kalo goreng mee hoon ke goreng kuey tiow ke mee goreng ke..boleh la goreng bebola ni kasi lagi sedap mengunyah..haahaha..Aku selalu uli siap2 dan simpan dalam tupperware..bile2 nak tinggal goreng je..cicah sos pon sodappp...

Saturday, 1 March 2014

MASAK KARI KETAM NIPAH YANG SEDAP

 
Hi dear readers sekalian..harini me nak cerita pasal ketam nipah..siapa penah makan ketam nipah? Kebanyakkan orang ramai takut makan ketam nipah ni sebab rupanye seakan-akan rupa ketam batu..tapi sebenarnye ketam nipah ni lain..ketam nipah ni halal dimakan sebenarnya..boleh rujuk website jakim, fatwa malaysia dan video dari ustaz azhar di youtube yang menerangkan hukum makan ketam nipah ni..
 
 
Macam mana nak beza rupa ketam nipah & ketam batu?
 
Haa, ramai yang cakap keliru nak bezakan kedua-dua ketam ni..sebenarnye, kalo korang nak tau, ketam batu & ketam nipah ni berbeza sangat rupa nye..jom tengok gambar di bawah ni..
 


gambar ni diambil dari sumber google image...beza ketam batu ni dan ketam nipah ni di bahagian hujung kaki tu..kalo ketam nipah, hujung kaki tu leper..sebab ketam ni hidup di dalam air..kalo ketam batu ni, hujung kaki tu sama tajam macam kaki yang depan..




 
Kenapa ketam batu tak boleh di makan? ketam  nipah pula halal?
 
Hurm,..sebabnye ketam batu ni hidup dua alam..die boleh hidup walaupon tiada air..manakala ketam nipah ni hidup di dalam air..tapi ketam nipah dapat bertahan hidup di darat kerana ketam nipah mempunyai insang yang mempunyai satu ruang yang dapat menyimpan air sehingga dapat bertahan hidup buat seketika. Apabila air tersebut habis, maka ketam tersebut akan mati. Kiranya, ketam nipah ni hanya dapat bertahan lama sikit di darat (dalam 2-3 hari sahaja) disebabkan ade ruangan air tu...tapi sebenarnya,  ketam ni tak boleh hidup di darat pon dan hukum nye boleh dimakan..
 
 
Macam mana nak matikan (siang) ketam nipah?
 
Haa, kalo korang beli ketam nipah yang fresh & masih hidup, mesti korang pening macam mana nak matikan ketam ni..sebab ketam ni masih hidup dan boleh menyepit tangan korang kalau tak berhati-hati..hahahaha
 
Cara-cara nak matikan atau siang ketam nipah ni senang aje,korang kena terbalikkan ketam, kat bahagian bawah perut tu ada cam bentuk triangle..cucuk ngan benda tajam macam lidi satay, chopstick, jarum atau apa2 la..Jangan besar sangat kang rosak pulak isi ketam tuh. Cucuk kat area triangle tu seperti dalam gambar. Ketam akan mati dengan perlahan-lahan dalam 10 saat sahaja.
 
 
 



cucuk kan dengan bende tajam di bahagian segi tiga tu..tengah2 perut die...









ketam nipah
dalam 10 saat, ketam tu akan mati..








lepas da mati, boleh la bersihkan apa yang patutkan


















kari ketam nipah
tadaaa...dah siap da pun ketam nipah masak kari..sedap sehingga menjilat jari kakak ku masak...hehehe


 
 
kebetulan dekat taman kitorang duduk ni ade orang jual ketam nipah ni..fresh lagi..so kitorang pon beli la..first time masak ketam nipah ni..kalau makan dekat luar penah la, masak baru pertama kali..tapi ketam ni tak mengecewakan..sedap..isi die pon banyak..tapi my mum cakap isi ketam bunga lagi manis...lepas ni korang boleh la try masak ketam nipah ni..masak kari ke sup ke goreng sambal ke apa kan..