Tuesday 8 April 2014

CHECKLIST UNTUK BAKAL PENGANTIN


Muahaha...tajuk entry je dah menunjukkan yg iolls skarang tengah busy dengan wedding preparation..tapi aku still banyak bende lagi nak prepare dan booking sume..sebab nye skarang ni busy dengan keje dan mood nak fokus pasal ni tak datang lagi..too bad kan..tapi untuk bride to be, wedding checklist atau senarai perkahwinan ni sangat la penting..sebab nye, checklist ni la yang ada senarai lengkap apa yang korang kena buat, bajet untuk setiap bende..dan gambaran keseluruhan untuk wedding preparation korang..haaa


So, alang-alang aku tengah prepare wedding checklist ni, boleh la aku kongsi sikit apa yang aku senarai kan dalam checklist ni..senarai checklist ni sesuai untuk belah pengantin perempuan jela kan..tapi checklist yang aku senaraikan ni simple je..hanya overview apa yang perlu ada..untuk bajet (budget) sume aku tak masukkan, sebab lain orang lain la peruntukan bajet nye kan? huhu



1
Tempah dewan/taman/hotel/anywhere
bagi majlis bersanding @ reception event
2
Tempah masjid/surau/dewan/hotel/
anywhere
Bagi majlis nikah @ solemnization event
3
Tempah photographer
(pre-wedding/sanding/nikah/
outdoor/post wedding)
ikut korang la berapa banyak event nak amik photographer kan..yang penting fulusss mesti kena ada..
4
Beli barang-barang hantaran
Contoh macam kasut, handbag,jam,kek, sirih junjung dan sebagainya
5
Decide tema serta warna yang digemari bagi majlis sanding & nikah

Ikot korang la nak warna gegirl macam pink ke soft purple ke pastel ke..yang penting kaler tu cantik dan tidak menampakkan kedesaan wajah korang..wakaka
6
Beli kain untuk diberi kepada keluarga/bridesmaid/dulang girls/dulang boys/ flowegirls@boys
bagi sesiapa yang terlebih duit, boleh la belikan kain untuk kawan aka bestfriends korang atau family untuk nampak lebih cantik dan seragam =)
7
Tempah pakej pelamin (Baju pengantin/pelamin rumah@ dewan/ makeup/ aksesori)
Make sure pakej korang tempah dengan orang yang boleh percaya & hasil kerja yg cantik
8
Bali kain dan tempah baju nikah, tudung serta veil nikah
Ni option untuk bakal pengantin yang nak buat baju nikah sendiri
9
Tempah set Sound System & Pengacara majlis
Sound system selalunye perlu untuk pasang lagu2 best di majlis perkahwinan..pengacara majlis pulak sesuai digunakan untuk memberi keceriaan dalam majlis dan nampak lebih teratur..
10
Tempah budak kompang
biasanye untuk majlis sanding, ramai akan gunakan khidmat budak-budak berkompang..kasi la meriah sikit kan..berkepok-kopak bunyik die
11
Tempah katering makanan
untuk sediakan makanan bagi majlis nikah dan majlis sanding..
Tips: make sure katering yang korang pilih tu boleh dipercayai dari segi kebersihan dan kualiti makanan..rasa pon kena la sedap jugak kan
12
Tempah photobooth/photo props
(untuk mereka yang suke ber-posing, harus sediakan photobooth ok! Senang village people nak bergambor)
13
Tempah candy booth, dessert buffet
Sekarang ni memang trend orang sediakan  ice cream station, popcorn stall dan macam2 la untuk pemanis mulut
14
tempah homestay/hotel yang berdekatan bagi keluarga pihak belah lelaki

sekiranya rumah keluarga belah lelaki jauh dengan keluarga belah perempuan, boleh la tempah untuk dorang tido semalam-dua
15
Isi borang nikah bagi bakal pengantin lelaki & perempuan
Yang ni penting..kalau tak isi, tak dapat kawin..haha
16
Tempah tarikh Tok Kadi untuk majlis nikah
Better korang booking tarikh tok kadi awal2 untuk mengelakkan ada clash jadual nanti
17
Tempah kad kahwin mengikut jumlah jemputan di majlis perkahwinan

sila sediakan senarai jemputan nanti supaya takde la orang penting yang tertinggal nanti
18
Survey dan beli door gift (buah tangan yang dibekalkan kepada jemputan yang hadir)
(contoh doorgift seperti kuih, kek, telur, gula2, coklat, buku yasin, tasbih, etc..ikot bajet pengantin la kan)
19
Buat Ujian HIV bagi bakal pengantin
&
Attend kursus kahwin
Sila buat..kalau tak buat,   tak boleh nak proceed kawen sebab ni sume syarat2 dari jabatan agama..
20
Hiaskan bilik pengantin (beli cadar/langsir/perhiasan)
ni kalau nak hias la..kalau tak nak pon takpe..haha
21
Tempah penghias inai

(untuk bakal pengantin perempuan yang suke pasang ukiran inai di tangan & jari)
22
Kuruskan badan bagi bakal pengantin yang berbadan ehem-ehem =P
(well, ikot suke la nak follow ke tidak kan,,tepuk dada tanya kemampuan diri..my advise, jangan paksa diri..make sure pasangan terima kite seadanya..hahahha)
23
Survey lokasi untuk photo shoot outdoor

Selalu lepas majlis, photographer akan shoot terus untuk outdoor, so my advice better cari lokasi yang cantik-cantik awal2..so that takdela membuang masa nak cari time tu kan..
24
Beli bunga telur
selalunya bunga telur ni akan diletak atas pelamin
25
Pasang signboard/banner/bunting/
petunjuk arah)
bagi memudahkan jemputan yang hadir supaya tak sesat nak cari rumah atau tempat majlis sanding korang nanti
26
Survey & Tempah tempat untuk bulan madu/honeymoon nanti..hehehe
Ini kalau aku, awal2 lagi aku dah booking..hahahaha



hehe..tu jela yang aku sempat kongsikan kat entry ni..next time bile sempat aku akan update progress lain k

No comments:

Post a Comment