Thursday, 14 July 2016

TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 1

Hurmm. Sekali dah aktif nak menulis blog ni, laju je nk update. Tiap ari pulak keje nk update blog. Haha. Puas aku duk mikir, kenapa la aku berenti tulis blog dulu. Sebabnye aku rasa tulis blog ni leceh. Kena menulis panjang2 macam karangan. Sebab tu malas nk teruskan tulis blog.

Tapi sebenarnya tak perlu pun tulis panjang2. Tulis simple2 dan pendek pun dah cukup. Asalkan orang paham ape yang nk disampaikan dan yg penting bagi aku blog ni boleh dikira sebagai tempat kenangan memori/moment aku yang aku nak share.. 

Ok kali ni aku nak throwback pengalaman aku ke perth, Australia.. Masa pergi ni bulan 9 tahun 2015. Time musim sejuk la kat Australia. Tapi musim sejuk Australia takde salji pon. Dan tak la sejuk sgt mcm kt europe sana tu.   Kitorg pegi naik AirAsia je. Promo tiket naked dalam rm500. Campur luggage, makanan pegi & balik, dalam rm600+ la lebih kurang harga tiket untuk seorang. Kali ni aku pegi berempat. Dengan husband, kakak & mak je. 
Day 1 - Perth Airport -- Rental Car -- Homestay at Westminster -- Woolworth -- Pizza Turkey

Trip kali ni kitorang pergi dalam 6 hari 5 malam. Sampai2 airport je kitorang terus beli simkad Australia, senang nak guna internet dan call. Lepas tu kitorang call kereta sewa, dah book siap2 kt malaysia. Nama kereta sewa tu ace rental car. Lepas tu ade la nanti orang kereta sewa tu akan pick up kitorang dari airport ke kedai kereta sewa tu. Sampai sana terus la pilih kereta dan uruskan pembayaran, insuran kereta semua. Lesen memandu Malaysia diterima ye di Aussie ni..untung orang Malaysia, tak perlu amik lesen antarabangsa bagai.. boleh terus drive je kat sana..Kereta sewa yang kitorang dapat - kereta nissan tilda. Ok la tu kat malaysia takde lagi model ni. Huhu


perth airport






ace rental car

Ok lepas dah dapat kereta, terus la menuju ke rumah yang kitorg dh book. Rumah apartment (book melalui Airbnb). Sangat berbaloi. Apartment ni memang sesuai untuk duduk 4-5 orang. Sangat selesa, boleh masak, basuh baju, katil empuk. Nora bagi 5 bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️...Rumah ni kt kawasan Westminster. Dalam 15 minit la dari CBD perth. Rumah ni actually mcm townhouse. Kitorang dapat tingkat bawah. Ade kolam renang sekali. Tapi idok le teman pegi berenang, ate musim sejuk oiii. Ni la rupe rumah ni. Ade 2 bilik. Dapur, bilik air, mesin basuh, hall sume lengkap. Tempat parking kereta pun takde masalah. Parking depan rumah je. 

Masa dah sampai rumah ni, kitorg semua letak beg je dulu. Oh ya, Masa otw pegi rumah tu dah nampak la signboard tulis woolworths (tempat shopping kat Australia, macam ala2 giant/tesco la). So ape lagi lepas letak beg terus menjejet pegi woolworths nak shopping barang dapur nak masak. So dapat la beli ayam halal, beras, sayur, buah2 segar, air jus, susu segar dan lain2 la untuk masak. 
Sebelum tu kitorang singgah kedai makanan arab. Dari turkey asal kedai tu. Order la pizza. Besar kot pizza tu. Makan 4 orang pun tak habis. Sedap pulak tu. Cheese banyak sangat, isi ayam semua penuh. Langsung tak kedekut. Again, nora bagi 5 bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Huhu.. Then, Sampai rumah kitorang pun masak la untuk dinner terus, malam tu merayau naik kereta pegi jalan2 kat CBD perth je..tu yang untung ada kereta sewa ni..bila2 masa boleh pegi merayau mana2.. oh ya, time kitorang pergi ni cuaca ok, malam dalam 12-13 celcius..kalau siang tu dalam 19 celcius la..tak la sejuk sangat pun musim sejuk dekat perth ni..



shopping di woolworths





kedai arab..pizza & kebab yang sangat sedap






masakan simple dari my mum & sis



1 comment:

  1. Salam.. Nak tanya.. Apa ye nama apartment tu? Tq :)

    ReplyDelete