Thursday 14 July 2016

TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 2


Day 2- Blue Boat House – Freemantle – Freemantle Prison -- Kaili’s Restaurant --- E-shed Market -- Freemantle Market

Hari kedua ni macam biasa la, pagi2 lagi kitorang dah start masak breakfast siap2 kenyangkan perut..cewahh..lepas tu start enjin kereta dan terus menuju ke Freemantle..


Otw nak ke Freemantle tu, singgah sekejap kat blue boat house..yang ni dekat Swan River..Cantik sangat kawasan ni..tapi nak bergambar dari luar je, tak boleh masuk sampai ke pintu rumah tu..mungkin tak nak orang masuk ramai2 dan rosakkan jambatan tu kot kan? Macam biasa la bila dh jumpa tempat cantik, selfie la sikit kan..time ni aku Nampak ramai Australian  bawa basikal untuk aktiviti pagi diorang..macam jogging la kan, tapi kat sini memang ramai bawak basikal untuk riadah..

 
Blue boat house - Swan River

Lepas tu kitorang terus pergi ke Freemantle Prison…nape tempat ni kitorang tuju? Hurmm sebab tengok ramai recommendkan tempat ni, so kitorang pon pegi jela..hahhaha..boleh la, melawat penjara kt tempat orang..ade la tour guide die yang akan citer sejarah penjara tu dan semua2 yang berkaitan..ade kisah yang scary, ada kisah yang kelakar..bile die buat lawak, semua mat saleh kat sana gelak, so kitorang pun gelak la ala2 paham..padahal macam blur, lawak apakah? Haha.. salah satu lawak die yang aku ingat, adalah soalan die tanya kt visitor “if Pa killed Ma, who would’ve kill Pa? macam tu la soalan die, semua orang pening nak menjawab… adoii sampai sekarang nak tergelak kalau teringat


freemantle prison



Lepas melawat prison, kitorang singgah makan di restoran Kaili’s..makan kt sini semua seafood..so order la fish & chips..sedap sangat, tambah dengan coleslaw, dan spicy mussels..lepas dah makan tu, order pulak dessert…memang sedap..macam biasa la, nora bagi 5 bintang..tips nak makan kt sini, korang kena bawak sos sendiri..kalau ada sos kfc/mcd dari Malaysia tu, simpan la..dan bawak la utk makan kat sini..sebab Negara omputih ni sos die hanya sos yang kecik tu macam sos salsa..tak lalu ler teman nak makan sos tu..kena la bawak sos sendiri..baru kena dengan tekak teman..hehehe

 
restoran kailis, di tepi laut..cantik



 

fish & chips, mussels and dessert




berjalan-jalan sekitar freemantle
Habis makan, selfie semua, we olls pun bertolak la ke E-shed Market untuk shopping souvenir..kat sini ada kedai murah..1 kedai ni owner die dari Singapore, nama kedai Megababes, 1 lagi kedai owner die dari Indonesia, nama kedai dia Aussin ..memang murah dan sangat berbaloi nak shopping kat sini..Australia ni murah betul kalau minat nak beli t-shirt, topi, sweater, souvenir....memang bebaloi.. kitorang pun ape lagi, shopping tak hengat dunia..seronok sangatt sampai lupe nak amik pic..haha


E shed market

Lepas shopping singgah jap kat freemantle market..yang ni macam pasar la..ade jual souvenir, ada jual buah-buah, café, aiskrim semua lengkap la..memang berbaloi kalau pegi…kitorang pun tak ketinggalan beli buah-buahan segar kat sini..bila lagi boleh dapat makan buah best2 dan murah kan? Kat Negara orang la baru merasa..




freemantle market- penuh buah-buahan segar


 
makan aiskrim just- stick..hehe


No comments:

Post a Comment