Thursday 14 July 2016

TRIP TO PERTH AUSTRALIA PART 5


Day 5 & 6 – Araluen Botanic Park – Eshed Market, Freemantle – Swan Bell Tower – Insan Café –Airport


Ok banyak sangat part nak cerita pengalaman ke Perth ni kan..untuk hari ke 5 & 6 aku lumpsum kan je terus dalam part akhir ni.. kali ni kitorang bertolak ke Araluen Botanic Park..dalam 1 jam 30 minit perjalanan..apa yang best kat sini? Kat sini popular dengan bunga tulips..kalau pergi time musim bunga lagi Cantik..tapi kitorang pergi musim sejuk pun boleh tahan juga cantik bunga tulips dekat araluen botanic park ni…bunga tulips pun warna warni..lawa sangat
me & husband





abaikan muke kembang aku..jom cuci mata tengok bunga tulips..Cantik kan





masa ni masih berdua dengan husband, so asik bergambar berdua jela kan..romantic lagi uolss






macam2  warna bunga tulips ada dekat sini..

Kawasan Araluen botanic park ni luas sangat..nasib la mak jemah mengandung 7 bulan time ni, tak larat la nak berjalan jauh sikit..kalo tak mengandung boleh la Jalan pusing2 kawasan taman tu kan..memandangkan kawasan taman ni besar sangat, kitorang pun naik train. Train ada disediakan dekat sini..best naik train sambil tengok permandangan sekeliling..

 
sambil tunggu train, kita bergambar dulu..hehehe..best naik train..





Ok, lepas abis tawaf kawasan araluen botanic park ni, kitorang pun bertolak ke freemantle, nak singgah ke E-shed Market..biasala, nak abiskan duit untuk shopping la kan..beli lagi la macam2 souvenir untuk diri sendiri, family & kawan2…
Hari last day di perth, pagi2 lagi dah breakfast dan bertolak ke CBD Perth..tempat pertama kitorang pergi adalah Kings Park and Botanic Garden..view memang superb sangat..lawa dan sangat tenang..terasa la macam duduk di over-the-sea kan..haha..lawa la kawasan ni..bersih je..penuh kehijauan..lepas tu singgah jap gift shop di kings park ni, dan macam biasa la, aku akan beli fridge magnet kings park untuk kenang-kenangan..hehehe

Cantik je permandangan dekat Kings Park ni





 
Nampak full view Bandar perth





again, izinkan nora selfie dengan suami..haha



Lepas tu kitorang pegi ke swan bell tower..tower ni ada bell (loceng) dan ada la sejarah mengenai bell ni..tower ni pun Cantik, tinggi dan ada 1 tingkat tu, lantai die lantai gelas (glass floor), so agak scary kalau tengok ke bawah..



ni la bell tower ni..tinggi tower ni, kena la kitorang selfie macam ni konon nak nampakkan tower di belakang..hahaha





ni la bell dalam tower ni..dulu2 bell ni memang boleh berbunyi, ada orang bunyikan..tapi time kitorang tak dapat sebab bangunan tu pun nak renovate..so takdela aktiviti bunyikan bell tu




macam paparazzi pulak pic suami aku amik..sila abaikan jela rupe tak semenggah aku ye..hehe




Before pergi ke airport, sempat la kitorang singgah lunch di Insan Café, kedai melayu yang ada di bandar Perth..tak silap owner die melayu dari negeri Kedah, Malaysia..rasa sedap dan harga pun tak mahal sangat…lepas tu air sejuk free je boleh ambil dalam fridge banyak mana pun..recommended untuk korang yang rindukan masakan Malaysia kalau pi Perth, sila la pegi ke Insan Café ni..


 
Insan's café, lauk boleh tahan sedap


Lepas makan, kitorang abiskan masa di bandar, beli lagi souvenir sampai habis duit..hahaha..dan lepas tu pulangkan kereta sewa, dan terus ke airport untuk pulang ke Malaysia..gitu la sedikit sebanyak sharing pasal Perth ni..dalam blog ni aku memang tak cerita details berapa harga tiket, berapa harga rumah, berapa lama jarak sesuatu tempat, semua tu ada dalam itinerary aku..macam aku cakap sebelum ni blog aku ni just simple2 je tulis, mana aku ingat aku letak..kalau yang berminat nak tau itinerary lengkap, boleh emelkan ke nabilahhudamustafa@gmail.com ..nanti aku forwardkan itinerary untuk rujukan korang semua..

1 comment: